Posted by: princessbayu | Februari 28, 2009

12 AZAB BAGI MEREKA YANG MENINGGALKAN SEMBAHYANG

dalam sebuah hadis menerangkan bahawa rasullah S.A.W telah bersabda: barangsiapa yang mengabaikan solat berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya.

tiga darinya dirasainya semasa di dunia ini antaranya:

-Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
-Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
-dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya:

-roh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah minum seluruh air laut.
-dia akan merasa yang amat pedih ketika roh dicabut keluar.
-dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya:

-dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nankir yang sangat menggerunkan.
-kuburnya akan menjadi cukup gelap.
-kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya terkumpul (seperti jari bertemu jari).

tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya:

-hisab ke atasnya menjadi sangat berat.
-Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
-Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.

aku sengaja catatan sedikit tazkirah sembahyang ini di sini sekadar untuk aku jadikan peringatan pada diri aku sendiri dan juga pada sesiapa yang terbaca blog ini. semoga apa jua yang kita lakukan akan sentiasa diredhai olehNYA…dan semoga juga kita sentiasa dalam lindungan rahmatNYA….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: