Posted by: princessbayu | Februari 28, 2009

AKADEMI FANTASIA 7

tadi aku ada tengok trek selibriti-akademi fantasia 7, ujibakat kat sarawak. lucu juga tengok…macam kurang berbakat jer orang2nya. ujibakat kat kl pun sama macam takde yang betul2 berbakat. agaknya semua orang yang berbakat dalam bidang nyanyian ni dah kurang sebab kat malaysia ni banyak sangat pertandingan nyanyian dianjurkan oleh stesen2 tv yang ada. sampai kadang2 tu nama2 peserta satu2 pertandingan tu pun dah tak ingat nama mereka sebab dah ramai sangat.

mula2 dulu pertandingan paling besar cumalah bintang RTM. semua orang berebut nak masuk sebab itu sajalah satu2nya pertandingan yang ada masa tu. pertandingan tu juga satu cara untuk seseorang jadi artis. siapa tak kenal dengan nama2 besar seperti jamal abdillah, ramlah ram, juliza adlizan, rohana jalil…semua lahir dari bintang rtm. tapi sekarang bintang rtm sudah hilang taring dan hilang identiti. tak tahulah kenapa…juara2 baru seperti azharina azhar, felicia, rina azhar dan juara baru iaitu ray nampak seperti timbul tenggelam. malah langsung tenggelam pun. aku sebenarnya suka tengok bintang rtm sebab pesertanya semua betul2 berbakat cuma aku rasa banyak benda rtm perlu buat untuk mencantikkan lagi pertandingan ini agar mampu bersaing dengan pertandingan2 lain.

memanglah bintang rtm ni produk stesen kerajaan, tapi janganlah pula rancangan hiburan begitu pun nampak formal sangat. sampaikan baju2 peserta ada yang macam orang nak pergi interview kerja. ada juga yang kelihatan tua dengan imej dan baju yang dikenakan. aku rasa kesian sangat dengan bintang rtm dan peserta2nya tu. baru2 ni aku adalah tengok one in a million anjuran 8tv. adalah 2 peserta ni, bekas finalis bintang rtm 2 tahun lepas. yang seorang tu dapat tempat ke3 lagi dalam bintang rtm tu. suara kedua2nya power tapi kesian betul tengok penampilan mereka agak ketinggalan zaman. juri sendiri pun komplen tengok pakaian mereka yang teruk.

aku harap bintang rtm tahun ni biarlah ada pembaharuan dan mampu menarik ramai penonton untuk menyaksikan pertandingan tersebut setiap minggu.janganlah lagi terlalu ketinggalan zaman. ada satu pertandingan yang agak baru diperkenalkan di tv3 mystarz LG…ini memang boleh tahan tapi pesertanya…alahai…teruk betul. macam orang nyanyi kat karaoke aje. buang masa betul menontonya. selepas tamat mystaz LG ni tv3 akan teruskan pertandingan mentor lagi. aku suka rancangan ni sebab artis yang dah ada nama yang bakal didik peserta2 yang terpilih. juara mentor1, pija dan mentor 2 fiq dua2 pun dari sabah…perasan tak dah ramai sangat orang sabah yang jadi juara dalam satu2 pertandingan. sejak 2 tahun lepas aku rasa peserta2 sabah memang ada luck.sabah boleh bah!

sebenarnya aku ni nak cakap tentang akademi fantasia 7 jer tapi entah tembus ke bintang rtm dan melarat ke one in a millon, mystarz LG dan mentor pula..hehehe… tak sabar nak tengok af musim 7 ni. masa tengok ujibakat kat sabah tu…semua peserta best2 sampai jimmy pun cakap ‘orang sabah memang semua berbakat…’. penyertaan pun begitu ramai berbanding tahun lepas.aku rasa orang sabah bersemangat masuk af tahun ni sebab stacy menang tahun lepas tu. harap af7 ni, ada lagilah peserta dari sabah yang berbakat macam stacy dan felix. aku juga harap tak ada peserta yang pakai tudung dan takde peserta yang macam mas af2, amirul af4, rizal af5, ika dan faisal af6 lagi…biarlah semuanya yang betul2 ada talent untuk jadi penyanyi yang berjaya….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: