Posted by: princessbayu | Februari 28, 2009

AKU, IMELDA DAN LAGU

senandung rindu by raja emma

indah sinar rang bukan
bintang-bintang bergemerlapan
aku terlena dibuai sayu
rindu padamu
di manakah kau kini
adakah kau setia menanti
dan menepati semua
janji-janji dulu
asmara mengapa terkadang
kau begitu menyeksa jiwaku
rang bulan adakah mungkin
cintaku hanya untuk dirinya
oh angin sampaikan salamku
oh burung nyanyikan untukku
dan katakan kepadanya
cintaku ini hanya untuknya
masih aku rasakan
betapa hangatnya pelukanmu
apa dayaku lautan biru
memisahkan kita….

Ini antara lagu yang kira top jugalah sekitar tahun 86. masa ni raja emma memang tengah top. aku suka tengok muka dia masa tu…cute jer. sesuailah dengan suaranya yang manja tu.selain lagu ni, ada lagi lagunya yang aku suka dengar ‘jejaka idaman’. lagu nilah yang menaikan nama raja emma dalam persada seni sebelum dia menceburi bidanga lakonan. banyaklah juga filem dia berlakon. ada satu filem yang aku ingat tajuknya mawar merah. dalam filem ni dia berpasangan dengan mustapa noor. tapi tak silap akulah, pelakon ni dah meninggal dunia. tahun berapa, aku pun tak pasti…tak ingat sangat.

aku teringin sangat tengok filem ni, masa tu aku budak lagi…nak tengok wayang kat panggung pun tak tahu macam mana. jadi terpaksalah batalkan hasrat tu. sebenarnya sampai sekarang pun aku tak pernah tengok filem tu. mungkin adalah juga stesen2 tv menyiarkan filem mawar merah tu tapi mungkin aku yang tak sedar dan terlepas pandang. kenapa aku nak sangat tengok? tak tahulah kenapa…mungkin sebab tajuknya nampak macam menarik jer…

berbalik tentang lagu dan melody…ya, aku memang suka menyanyi sejak kecil lagi. tapi lucunya aku sebenarnya tak pandai nyanyi. takde langsung bakat menyanyi. suara pun sebijik suara katak gurun panggil hujan. tapi peliknya aku tetap suka nyanyi. alaa…sekadar nak hiburkan hati sendiri hehehe… masa aku kecil2 lagi aku memang suka menyanyi depan tangga. konon2nya kat depan tangga tu ada penonton duduk. alaa…macam kat pentaslah konon2nya. tak cukup lagu melayu, lagu cina pun aku bantai.

luculah juga bila aku ingat2 balik. ntah apa2lah senikata lagu cina yang aku bantai nyanyi tu. bila dah besar aku masih suka nyanyi tapi untuk suka2 jerlah. untuk menghiburkan hati sendiri. aku banyak kumpul senikata lagu. sejak sekolah rendah lagi aku memang dah banyak buku lagu yang aku buat sendiri. sampai sekarang pun aku masih dengan hobi kumpul senikata lagu. dah panjang rupanya catatan aku ni…nanti lain kali jerlah aku sambung lagi cerita tentang lagu dan melody ni…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: