Posted by: princessbayu | Februari 28, 2009

ENAM PERSOALAN HIDUP

suatu hari, imam al-ghozali berkumpul dengan murid-muridnya. lalu imam al-ghozali bertanya, pertama, “apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”. murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya. imam ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “mati”. sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (ali imran 185)

lalu imam ghozali meneruskan pertanyaannya yang kedua , “apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?”. murid-muridnya ada yang menjawab negara china, bulan, matahari dan bintang-bintang. lalu imam ghozali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. tapi yang paling benar adalah “masa lalu”. bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak boleh kembali ke masa lalu. oleh sebab itu kita haris menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.

lalu imam ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. “apa yang paling besar di dunia ini?”. murid-muridnya ada yang menjawap gunung, bumi dan matahari. semua jawapan itu benar kata imam ghozali. tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah “nafsu” (al a’raf 179). maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

pertanyaan kelima adalah, “apa yang paling ringan di dunia ini?”. ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. semua itu benar kata imam ghozali. tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. gara-gara pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.

lantas pertanyaan ke enam adalah, “apakah yang paling tajam di dunia ini?”. murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang…benar kata imam ghozali, tapi yang paling tajam adalah “lidah manusia”. kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: