Posted by: princessbayu | Februari 28, 2009

ESKIMO : PENGHUNI TUNDRA

Eskimo ialah sekumpilan manusia yang tinggal di kawasan tundra iaitu meliputi alaska, bahagian utara kanada dan greenland. nama eskimo diberikan oleh orang india amerika yang bermaksud ‘kaum yang memakan makanan mentah’. Eskimo menggunakan nama seperti inuit di canada, inupiat dan yupik di alaska dan yuit di siberia dan pulau saint lawrence.

Sejak beribu-ribu tahun lamanya, eskimo mengamalkan cara hidup yang tersendiri untuk menghadapi cuaca yang berada di bawah paras beku sepanjang tahun. kebanyakan orang eskimo tinggal bedekatan dengan laut untuk memudahkan mereka mendapat sumber makanan di musim sejuk. mereka biasanya memburu anjing laut, serigala laut, beruang kutub, karibu dan menangkap ikan sebagai sumber makanan. Mereka akan menggunakan kulit binatang yang telah mereka buru untuk dijadikan pakaian dan khemah. malah bot yang digunakan oleh mereka untuk belayar pada musim panas juga disalut dengan kulit binatang. pada musim sejuk mereka tinggal di iglu yang diperbuat daripada ketulan ais batu.

Jika mereka berhajat untuk tinggal sementara sahaja di suatu tempat itu, iglu yang dibuat adalah ringkas, cukup sekadar untuk memanaskan badan dan berlindung daripada bahaya ribut salji. namun jika mereka menjadikan iglu tersebut tempat tinggal sepanjang musim sejuk, bentuk iglu yang dibuat lebih lengkap. Iglu akan dibahagukan kepada tiga bahagian utama iaitu ruang rehat, bilik tidur dan dapur untuk memasak makanan. adakalanya ribut salji berlaku selama beberapa hari dan salji yang turun juga terlalu tebal. ini mengakibatkan mereka kadankala hampir kehabisan bekalan makanan. di sini orang eskimo perlu menggunakan kemahiran mereka untuk menangkap ikan dengan membuat lubang pada permukaan sungai yang sudah beku diliputi air batu. apabila ikan tersebut muncul ke permukaan air untuk bernafas, orang eskimo akan menangkap ikan menggunakan serampang atau pisau. oleh itu orang eskimo mengumpulkan ahli keluarganya dalam satu kelompok kerana cuaca yang terlalu sejuk memerlukan kerjasama untuk terus hidup. kadang-kala, satu keluarga mempunyai sehingga 20 orang ahli keluarga daripada datuk sehinggalah kepada cucu mereka.

corak hidup orang eskimo mula berubah pada tahun 1800an apabila ramai ahli pelayaran dan para pedagang eropah mula mengembara ke kawasan tundra untuk mendapatkan nama dan menerokai kawasan itu. orang eskimo mula menjual hasil-hasil buruan dan ikan yang mereka tangkap kepada para pedagang eropah. malah mereka juga memperolehi bekalan senapang dan rifel melalui para pedagang tersebut. ada juga dia antara para pedagang eropah yang memberikan mereka rifel secara percuma asalkan orang eskimo ini sanggup menjualkan daging dan bulu binatang yang diburu oleh orang eskimo kepada mereka.

sejak dari tarikh itu kawasan tundra menjadi tumpuan para pemburu dan pedagang eropah yang inginkan bulu binatang dan baju bulu selaras dengan perkembangan dunia fesyen yang amat pesat di eropah ketika itu. setakat ini lebih 120,000 orang eskimo tinggal di alaska, kanada dan greenland. kebanyakan mereka tinggal di kampung yang agak terpencil. mereka ini biasanya sudah mempunyai rumah yang tetap, memakai pakaian moden, memburu dengan rifel dan mula terlibat dalam perniagaan bulu bintang yang menjanjikan pendapatan yang amat lumayan.

ada juga di antara mereka yang bekerja di ladang buah-buahan citrus. bagaimanapun bagi orang eskimo yang tinggal di kawasan yang jauh ke utara tundra, mereka hanya bergantung kepada hasil buruan dari semasa kesemasa. mereka juga sentiasa berpindah-randa dari satu tempat ke satu tempat yang lebih selamat bergantung kepada keadaan cuaca.

orang eskimo berkulit coklat cerah, bermata sepet, berambut lurus yang berwarna hitam, bermata hitam, berwajah lebar dan mempunyai tulang pipi yang tinggi. mereka tinggal di tundra yang mempunyai suhu tahunan sebanyak -20 darjah celsius hingga -34 darjah celsius mengakibatkan perwatakan mereka agak kasar dan agresif. ahli sejarah eropah mengatakan bahawa orang eskimo berasal dari kaum viking yang berlayar ke
tundra pada tahun 1100M.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: