Posted by: princessbayu | Februari 28, 2009

HANTU KUM-KUM

hantu kum-kum? tak tahu kenapa aku tiba2 ingat hantu kum-kum pula. sekitar tahun 83-84, cerita hantu kum-kum ni agak popular juga. tapi aku tak berapa ambik tahu sangat tentang cerita tu. masa tu aku masih sekolah rendah lagi jadi dah tak berapa ingat pun. yang aku dengar, hantu kum-kum tu pakai tudung macam orang arab. aku tak dapat bayangkan sebab masa tu kat malaysia belum ada orang yang pakai tudung tutup semua muka kecuali mata. kebanyakan orang masa tu hanya pakai tudung jenis macam sister kat gereja tu.tapi nama hantu kum-kum begitu melekat dalam hati aku. bukan apa aku rasa namanya cute..’kum-kum’. lain dari yang lain…

sekitar tahun 97 ke tak silap ada pula cerita hantu purdah kan. masa tu aku terus tergambar macam hantu purdahlah agaknya hantu kum-kum dulu tu. aku dah dapat bayangkan sebab dah biasa tengok orang pakai purdah era 90an dulu.kisah hantu purdah ni betul2 buat aku seram juga. mula2 aku dengar orang sibuk cerita macam2 tapi aku tak percaya pun sebab langsung tak ada bukti. tapi bila bapa aku turut cakap tentang hantu purdah, barulah aku tahu takut pula. bapa aku kata jangan taksub sangat percaya tentang hantu purdah tu, kita tak tahu itu betul atau tak. cuma hati2 ajelah.

mula2 cerita ni merebak kat tempat aku macam2 versi yang aku dengar. tapi versi yang aku suka kononnya si hantu purrdah tu naik kereta kancil dengan seorang lelaki yang jadi pembantunya. hantu purdah ni akan berkunjung dari rumah ke rumah untuk jual kain. dari situ dia akan tahu tuan rumah ada anak gadis ke tak. ada lagi cerita yang aku dengar, mak si hantu purdah ni pernah masuk tv3 buat pengumuman tentang anak dia tu, dia suruh orang bunuh aje anak dia tu. macam2 lagi cerita yang aku dengar tentang hantu purdah tu.

ada juga cerita yang hantu purdah tu akan keluar merayau di shopping complex, waktu lewat malam. ada juga yang konon jadi mangsa, ditemui mati dalam tandas awam kat complex tu. tapi sejauh mana kebenarannya taklah aku tahu. aku pernah juga terbaca artikel tentang hantu purdah ni dalam majalah remaja tahun 97. mengikut cerita wartawan tu (dia pun dapat dari cerita2 orang ramai juga), perempuan tu asal dari terengganu dan nak cantik tapi guna ilmu hitam. biasalah kalau amalam2 mistik ni mesti banyak pantang larangnya. kononnya perempuan tu tak sabar nak tengok muka dia cantik, jadi dia pun tengok cermin sebelum hari yang sepatutnya dia tengok cermin. akibatnya muka dia jadi buruk. untuk mencantikkan wajahnya semula dia terpaksa hisap darah 44 anak gadis. kononnya hantu ni pernah cari kerja kat sebuah kilang elektronik. kilangkan ramai anak gadis…pula tu ada kerja malam.kononnya perempuan purdah tu datang cari kerja kat kilang tu, waktu malam. dia merayu sangat pada pak guard tu agar dibolehkan masuk. pak guard tu rasa semacam sebab mana ada perempuan datang cari kerja lewat malam macam tu. datang sorang2 dan perempuan tu sanggup kerja untuk malam tu saja. tak dibayar gaji pun sanggup…hehe..mana ada orang normal macam tukan? tapi pak guard tu tak benarkan sebab masa tu pun dah mula tersebar cerita hantu purdah tu.

kalau ikutkan banyak versi2 cerita hantu purdah ni. tapi ada juga yang aku dah tak ingat lagi. yelah dah terlampau banyakkan. tapi lama kelamaan, cerita tu jadi senyap juga. entah apa khabar dan di mana perempuan purdah tu sekarang ya? eh, aku hampir terlupa…dalam gaia di channel astro ria, ada juga selit kisah hantu purdah@hantu kum-kum. itu yang tambah aku ingat hantu kum-kum tu…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: