Posted by: princessbayu | Februari 28, 2009

INFO RINGKAS

PENANAM EPAL PERTAMA DI AUSTRALIA
kapten bligh telah menjadi komander kapal the bounty yang berlayar untuk mencari harta karun dan tanah baru. bagaimanapun sifatnya yang sangat kejam menyebabkan anak-anak kapal yang diketuai oleh fletcher christian memberontak dan merampas kapal tersebut. mereka mengusir bligh dan 18 orang lagi pelayar dalam sebuah bot kecil. bot itu berjaya berlayar sejauh 5,793 kilometer di lautan lepas dan berjaya mendarat dengan selamatnya di timur india. pada 1805 bligh menjadi gebnor yang pertama di new south wales dan menjadi orang pertama menanam epal di australia.

KERAHAN TENAGA BINA TAJ MAHAL
sebut saja nama indai, pasti kita akan teringat taj mahal. lambang cinta kasih seorang raja kepada isteri tersayang. taj mahal yang dibina di agra, india mereupakan lambang cinta pemerintah mogul yang sangat terkenal iaitu raja shah jahan. ia adalah lambang cinta kepada isterinya mumtaz mahal yang meninggal dunia dalam usia 39 tahun dan meninggalkan 14 orang anaknya yang masih kecil. dari tahun 1630, selama 20 tahun taj mahal dibina , seramai 20,000 tenaga kerja dikerah untuk menyiapkannya. setelah taj mahal siap, baginda bercadang untuk membina sebuah lagi bangunan identiti baginda sendiri. bagaimanapun sebelum hajat tercapai, baginda telah dipenjarakan oleh puteranya sendiri sehingga baginda meninggal dunia di penjara.

ARKITEK RUMAH PUTIH
rumah putih atau lebih dikenali sebagai white house menjadi kediaman rasmi bagi pemimpin yang berjaya menjadi presiden amerika syarikat. ia terletak di ibu negaranya, washington. reka bentuk rumah putih telah dibuat oleh arkitek berbangsa irish. batu asasnya telah diletakkan secara rasmi pada tahun 1792. presiden john adams menjadi orang pertama yang mendiami rumah itu pada tahun 1880. rumah putih tersebut pada asalnya dibina daripada batu virginia kelabu tetapi keasliannya musnah apabila ia dibakar oleh askar british pada tahun 1814. rumah itu dicat dengan warna putih selepas perang tamat untuk menyembunyikan kesan-kesan terbakar.

PATUNG GERGASI DI PULAU EASTER
nampaknya suatu keajiban telah berlaku di pulau easter yang terletak di perairan pasifik pada masa dahulu. ini kerana terdapat beberapa buah patung gergasi masih dapat dilihat oleh para pengunjung sehingga ke hari ini. ahli sejarah mendapati sebanyak 1,000 buah patung gergasi dengan berat sehingga 90 tan setiap satu dan ketinggian pula mencecah 9.5 meter atau 32 kaki terdapat di pulau itu. ia bagaikan satu misteri yang tidak terungkap kerana sehingga ke hari ini tidak ada satu bukti pun yang boleh mengesakan siapa pencipta sebenar. walaupun ada sumber mengatakan bahawa patung tersebut dibina oleh bangsa polinesia suatu ketika dahulu tetapi kaedah mereka membina patung yang bukan sahaja besar tetapi mempunyai binaan yang sangat konkrik masih tidak dapat diketahui sehingga ke saat ini

SAMURAI JEPUN
samurai adalah kelas pahlawan tertua di jepun. sejak dari kecil lagi kanak-kanak telah diajar cara-cara untuk bertarung dengan pedang berbentuk sabit yang digelar katana. setiap pahlawan juga mempunyai sejenis pedang kecil yang dinamakan wakizashi. walaupun samurai adalah pahlawan handal dan perkasa. namun mereka juga diajar ilmu kesusateraan seperti menulis sajak, puisi dan mengubah bunga. samurai hanya wujud sebelum perjanjian dengan amerika syarikat dibuat pada tahun 1854. kewiraan mereka lenyap sama sekali selepas tahun 1877. samurai seolah-olah tidak mempunyai tempat di jepun ketika itu.

SAN MARINO
san marino ialah negara yang terkecil sekali di dunia. ia juga merupakan negara yang paling lama wujud di benua eropah. san marino terletak di timur laut itali. negara ini terletak di atas tiga puncak gunung titano. bandar-bandar utama ialah san marino (ibu negeri) dan seravalle. mengikut kepercayaan san marino diasaskan pada kurun ke 4 M sebagai tempat perlindungan orang-orang kristian yang ditindas. aktiviti utama ekonomi ialah pelancongan dan penjualan setem. san marino telah menganggotai pertubuhan bangsa-bangsa bersatu pada tahun 1992.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: