Posted by: princessbayu | Februari 28, 2009

LA VANDETTA

kali ni aku nak cerita tentang drama favourite aku. drama filipina, tajuknya la vandetta. aku ni memang minat cerita2 dari asia. especially yang dari filipina…memang saya takkan lepas peluang menontonnya. aku suka la vandetta ni sebab jalan ceritanya lain sikit dari a drama2 filipina sebelum ini. cerita ni berunsur misteri, suspen dan juga seram. tapi tema utama tetap balas dendam. bukan drama filipina tu, kalau takde balas2 dendam, kan.

tiap kali habis menontonya aku mesti tertanya2, siapa pembunuh sebenar si almira tu? mula2 dulu eloisa yang konon jadi pembunuh sampai kena tangkap dan masuk rumah sakit jiwa. lepas tu gabby pula yang macam pembunuh. kemudian junjun sampaikan junjun merajuk tak kembali ke rumah agam tu lagi. lepas tu rodora pula yang dituduh jadi pembunuh sebab dia bakar bukti untuk kes almira. lepas tu si tuan edwin pula yang mengaku bunuh almira dan terus kena tangkap.

episod kemarin, tuan edwin mati bunuh diri dalam lokap. kesian juga sebab bukan dia yang bunuh almira. tapi kira ngam jugalah dia kena tangkap sebab tuan edwin pun salah juga bunuh isteri pertama dia si alona tu. entah lepas ni siapa pula yang disyaki jadi pembunuh. kalau ikutkan, dari episod pertama lagi macam dah nampak amanda tu yang dalang dalam semua kes. tapi macam biasalah crook mana boleh kena tangkap cepat. crooklah yang jadikan satu2 cerita tu terus berjalan dan hidup. betulkan…

selain jalan cerita, aku suka drama ni sebab membariskan pelakon2 yang dah biasa berlakon dalam drama2 yang pernah disiarkan oleh stesen tv yang ada di negara kita ni. dah cukup kenal rupa mereka, antaranya macam si amanda (jean garcia), arieal (luis alandy), jessie (ella guevara), Junjun (paolo contis), galo (mark herras) dan almira (jennylyn mercado). dalam cerita ni, aku minat dengan dr. rigo (wendell ramos)…hensemlah dia tu. kira sepadan jugalah dengan si eloisa itu biarpun eloisa tu nampak sedikit gemuk. eloisa ni (sunshine dizon) ni pernah juga berlakon dalam drama impostora yang disiarkan oleh tv9 sebelum ini. tapi tak tahu kenpa tv9 hentikan drama ni. padahal masih ada baki beberapa episod lagi untuk tamat.

dalam impostora sunshine pegang watak sebagai vanessa dan sara. satu watak crook dan satu lagi watak perempuan lemah dan baik hati. sebelum ni pernah juga aku tengok sunshine dalam drama bakekang yang ditayangkan oleh tv2. dalam ni dia hodoh dan buruk sebab tu dia digelar bakekang. dia ni kira pelakon top kat filipina dan banyak berlakon sejak kecil lagi. first time aku tengok drama lakonan sunshine ni kat tv3 beberapa tahun yang lalu. tajuk drama tu kahit kailan. dalam citer ni sunshine punya watak sebagai betchay@bettina. dia jadi penyeluk saku tapi kemudiannya bercinta dengan eboy.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: