Posted by: princessbayu | Februari 28, 2009

ONE IN A MILLION 3 (OIAM3)

musim baru one in a million sudah bermula. macam biasalah aku dah mula tengok sejak ujibakat lagi. aku ni memang minat tengok pertandingan nyanyian yang berlabel tinggi macam OIAM ni.musim lepas pemenangnya ayu dari sabah….sabah boleh bah!!! tak sangka ayu dapat kalahkan peserta2 lain yang juga tak kurang hebatnya. tapi itulah tuah orang…ayu tak cantik tapi suaranya begitu memukau…ada power…harap bintangnya akan terus bersinar selepas ini.

berbalik tentang OIAM3 ni, ramai artis yang turut join. tapi ada juga yang gagal diujibakat yang awal2 lagi antaranya saiful malaysian idol dan naufara. dalam top12, ramai juga artis tersenarai antaranya pija mentor, nine coco, amelya af3, rizu dan tomok. lain2 semua orang biasa tapi muka dah memang cam sebab selalu juga nampak dalam mana2 pertandingan yang dianjurkan oleh stesen2 tv yang ada di negara ini.

minggu pertama, aku suka sangat persembahan mereka…semuanya best2. pija bawa lagu ‘lagu untukmu’ by jumpa pakcik hussin…mula2 dia macam lambat masuk. tapi ok jugalah…best persembahannya…hebat dan bertenaga. selain pija, persembahan si han pun best juga. suaranya power tap si han ni memang pandai nyanyi. dia bekas no3 dalam pertandingan bintang rtm tahun lepas. cuma suaranya tu jenis langak macam ramlah ram jadi kadang2 kurang kemas teriakannya. tapi syafinaz puji juga persembahannya. aku tengok han dan fify ni sama label…muka tak cantik tapi suara hebat.

amelya pula sama label dengan si anith…gila2 dan berbakat. tapi dalam pertandingan ni si anith ni paling cute ditengok. malah dia pun peserta paling muda dalam OIAM3 ni. si esther pula sederhana saja rupanya…orang sabah. awal2 aku tak berapa yakin dia mampu beri saingan sebab persembahan si anith, amylea, pija, han dan lebih2 lagi fify macam menenggalamkan esther.kebetulan dia peserta wanita yang last buat persembahan. tapi tak sangka…dia dapat pujian dari paul moss and syafinaz…persembahannya macam pro. best sangat. sebab persembahannya juga malam itu dia dapat immunity. jadi dia tetap ada minggu depan…selamatlah.

persembahan perempuan malam tu memang best kecuali si ayu yang bawa lagu matahari (agnes monica) tu tak berapa bagus. sumbang masa teriak…aku pun tak sangka dia ni terpilih. persembahan lelaki…biasa2 saja. kecuali si simon jer lah best itu sebab dia memang sudah berpengalaman menyanyi. dia ni peserta tahun lepas. tapi tak ada xfactor untuk jadi artislah…kalau artis india bolehlah…hehehe…tapi suaranya memang bestlah kalau dia bawa lagu sentimental dengan petikan gitar…memang bagus. si rizu pun ok juga…dia ni artis juga dan dapat anugerah artis baru harapan aim tahun lepas. dia bagus tapi muka tak hensem dan pendek. kawalan pentasnya pun ok…macam penghibur. aku rasa, cuma mereka berdua ini sajalah yang bagi saingan pada peserta2 perempuan.

nine? mula2 macam best saja…tapi biasa2 saja. harap muka saja lawa! tapi paling sadis si tomoklah. entah kenapa syafinaz asyik cakap yes aje kat dia. teruknya…suara ntah macam apa saja. pelik betul macam mana dia boleh terpilih. tapi malam tu dialah yang paling ramai peminat…histeria perempuan tak habis2 masa dia nyanyi. padahal sumbang beb…dah tu suara pun boy-boy…teruk. tapi aku malaslah nak harap siapa yang keluar. sebab selalu orang yang aku harap out…mesti masuk finale.

jadi kali ni aku tak pilih siapa2…cuma aku harap biar esther dan pija dapat bertahan untuk minggu seterusnya. dan hope, esther akan buat persembahan yang lebih best lagi. kalau boleh biarlah OIAM kali ni milik orang sabah lagi…hehehe…sabah boleh bah!!!! tapi apa2 hal pun…tunggu dan lihat jer lah….siapa pun juara hope biar seorang yang benar2 berbakat dan mampu menonjolkan diri dalam arena seni macam faizal tahir dan jacylyn victor…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: